Semua orang mempunyai individu yang signifikan dalam kehidupan selalunya disayangi dan rapat seperti ibubapa, keluarga, suami, isteri, kekasih hati, sahabat baik dan lain lain. Orang-orang yang signifikan dalam hidup mungkin menjadi tempat kita bertaut emosi, berkongsi serta menjadi sebahagian pelengkap dalam kehidupan. Namun, adakalanya berlaku konflik yang menyebabkan ketegangan emosi kesan daripada perbezaan pendapat, keputusan yang melulu serta tekanan yang diberikan. Apabila menghadapi keadaan ini ingatlah, Yang pertama, jangan biarkan emosi menguasai pemikiran kerana jika bertindak melampaui had boleh menyebabkan salah seseorang atau kedua-duanya terluka. Anda perlu sedar anda berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Cuba tarik nafas berkali-berkali dahulu dan bawa diri anda dalam ketenangan. Ketika sudah tenang, kembalikan rasional diri dan cuba bertindak bijak dengan melakukan perkara di bawah; 1. Cuba Dengar. Bila anda sedar seseorang itu dalam keadaan emosi yang tidak
Aku tengok dua jam lagi flight kawanku Ian. Ian bawa duduk di tepi pantai Tanjung batu. Ian ni tinggi orangnya dan rupanya model. Perempuan banyak minat pada dia ni. Tapi aku tengok dia taklah hensemlah, Rambut serabai Ian ni satu je aku hargai, dia bantu aku saat sukar berdepan emosi sukar dalam hidup. Dia satu-satunya tempat kawan aku berkongsi cerita hidup. Hampir seratus peratus kisah aku dia pegang. Semua orang ada satu tempat mereka akan luah. Aku ni kalau jenis bila sampai tak leh simpan, memang cari tempat meluah. Sakit pendam bro. Aku dan ian duduk dibangku sambil makan cucuk-cucuk (makanan panggang). Tetapi petang tu waktu aku tengah dalam kereta, ada satu soalan ian beri berulang-ulang kali. "Apa pendapat kau Rahim tentang aku?" Aku jawab "biasa je la". "Cakap la betul-betul" "Nanti la". Aduh aku beri harapan. Aku mula hairan, mesti dia nak meluah perasaan lepas ni. Ada pulak masa nak buat kesimpulan tentang dia. Me