Aku tengok dua jam lagi flight kawanku Ian. Ian bawa duduk di tepi pantai Tanjung batu. Ian ni tinggi orangnya dan rupanya model. Perempuan banyak minat pada dia ni. Tapi aku tengok dia taklah hensemlah, Rambut serabai
Ian ni satu je aku hargai, dia bantu aku saat sukar berdepan emosi sukar dalam hidup. Dia satu-satunya tempat kawan aku berkongsi cerita hidup. Hampir seratus peratus kisah aku dia pegang. Semua orang ada satu tempat mereka akan luah. Aku ni kalau jenis bila sampai tak leh simpan, memang cari tempat meluah. Sakit pendam bro.
Aku dan ian duduk dibangku sambil makan cucuk-cucuk (makanan panggang). Tetapi petang tu waktu aku tengah dalam kereta, ada satu soalan ian beri berulang-ulang kali.
"Apa pendapat kau Rahim tentang aku?"
Aku jawab "biasa je la".
"Cakap la betul-betul"
"Nanti la". Aduh aku beri harapan.
Aku mula hairan, mesti dia nak meluah perasaan lepas ni. Ada pulak masa nak buat kesimpulan tentang dia. Mentang-mentang aku kaunselor.
Tengah duduk depan pantai.
"Aku tanya kau rahim, apa ko tengok diri aku?"
"Aku tengok kau makin berani, dulu kau lain sekarang lain. Cakap pun hebat sekarang. " Aku ingat dia cerita dia mengeletar cakap kat depan. Bila tengok balik dia pernah trauma pernah seluar terjatuh waktu perhimpunan sewaktu sekolah. Itu emosi terjejas.
Dalam diri aku, bangga la sikit boleh bantu dia. Walaupun lebih banyak borak guna telefon nak selesai masalah stage phobia dulu
Tiba-tiba ada soalan maut dia pada aku buat aku tergamam sekejap. Tak semena mena dia keluarkan soalan tu dari sejarah hidup aku
" Kau tak masih lupakan dia ker rahim?". Perghhh.. jantungku terusuk sambil 'terflash back' kisah aku dan seseorang. Sentap punya soalan.
Aku mengelengkan kepala pada dia sambil kata "Tak".
"Ian, aku perasan satu je dengan diri aku, aku ni orang yang sangat setia, biar ambik masa bro. Tapi bertahun dah aku tak kontek dia". Hati mula rindu, tapi aku mula menganggap dia telah pergi tak kan kembali.
Ian menganggukkan aje cerita aku.
"Aku tengok kau berubah sikit sejak kehilangan ummi kau sayang Ian".
"Itulah aku lambat sejam waktu arwah dikebumikan, sejam tu buat aku menyesal sampai sekarang". Muka Ian nampak kuat bercerita tapi dalam jiwa penuh dengan kehilangan.
"Lepas ni aku tak nak merantau jauh lagi, cukup la setakat ini, aku nak dekat dengan famili aku yang lama aku tinggal". Aku menganggukkan apa Ian cakap.
"Satu lagi, cinta kau dengan anne cam ner". Aju soalan aku pada Ian. Anne seorang gadis pantai timur yang di kawan rapat waktu universiti satu ketika dahulu. Sampai sekarang mereka dua saling berhubung dengan keegoan masing-masing yang tidak ingin mengaku perasaan suka satu sama lain.
"Aku serah pada takdir la, kalau dia jodoh aku, ada la tu nanti". Aku mengangguk faham pada Ian kata.
Matahari senja jatuh perlahan-perlahan menuruni laut. Cantik sungguh permandangan itu. Ian mengambil telefon merakam matahari tersebut.
"Oit, jom la kita gerak dah ke airport". Aku dan Ian gerakkan diri dari bangku panjang ke kereta. Sepanjang perjalanan di dalam kereta Ian senyap. Mungkin aku rasa dia banyak melalui perkara meletihkan dalam hidup dia selepas merantau dari eropah.
Sejurus sampai di pintu masuk keberangkatan lapangan terbang bintulu.
"Aku gerak dulu rahim, take care jaga diri ye". Tangan kami bersalaman dan berpeluk. Aku kuat merasakan dalam hati aku agak lama lagi aku akan berjumpa dia ni lagi.
"Engkau cari la cinta kau tu.. hidup ni tak lama. Carilah Anne tu". Aku jawab balik.
"Kau tu pun dah tua juga, carilah juga cepat" kurang ajar mulut dia ni. Kami gelak tawa.
Ian masuk ke balai perlepasan sambil melambai pergi.
26 Julai 2018
"Siapa pulak call awal-awal pagi ni" kata diriku yang memandang jam pukul 4.00 pagi.
Lima panggilan tidak dikenali tidak berjawab. Risau juga kecemasan ni. Aku menelefon balik nombor ini.
"Hello, siapa ni? Ada call saya ker"
Suara seorang perempuan di talian.
" Assalamualaikum bang, Anne ni" rupanya Anne , gadis diminati Ian menelefon. Anne kenal aku ketika Ian memperkenalkan aku sewaktu aku di Kuantan.
"Walaikumsalam, owh Anne. Kenapa call pagi-pagi ni?" Bunyi suara Anne begitu sayu seakan akan sedih.
" Ian.. "
"Kenapa Ian?" nada suara lebih tegas
"Sebenarnya pukul 2.00 pagi, Ian dah meninggal dunia di Hospital Tengku Afzan Pahang". Aku tergamam sebentar dan seolah olah rasa tercucuk dijantung
"Allah, Apa dah jadi?"
"Dia meninggal sebab kanser sarcoma, sejak tahun lepas dah." Anne memberitahu dengan nada tangisan.
"Baik, nanti aku turun kuantan, aku cari tiket flight sekarang, nanti kita jumpa". Ujar aku pada Anne.
Panggilan itu menyebabkan aku sedih hingga tidak mampu menahan titisan air mata yang keluar.
Aku dah agak ada sesuatu berlaku selepas dia jumpa aku sejak tahun lepas. Perbualan sejam ditepi pantai merupakan perbualan bermakna buat dia. Aku doakan syurga untuk kau Ian.
TAMAT
Terima kasih membaca cerpen ini. Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan hidup mahupun mati
Comments
Post a Comment