Sesetengah pelajar universiti yang kali pertama berjauhan dari keluarga mungkin berhadapan dengan masalah 'homesick'. 'Homesick' boleh berlaku jika seseorang sukar mengadaptasi dengan suasana baru di universiti. 'Homesick' yang berlarutan boleh mendatangkan stres, kebimbangan dan boleh terjadi simptom kemurungan jika tidak diatasi.
Oleh itu, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk mengurus 'homesick' anda.
1. Luaskan zon keselesaan anda
Zon selesa anda yang dahulu adalah orang yang berada di rumah anda. Sekarang, anda perlu menambah orang dalam zon selesa anda dengan menjemput kawan-kawan kolej kediaman dan rakan-rakan dari kelas pengajian anda. Cara yang mudah dengan bergaul dan membina hubungan dengan orang lain. Dalam memilih sahabat baik yang serasi dan boleh dipercayai, anda perlu ramai kawan. Bila anda sudah menjumpai sahabat yang serasi anda akan bertambah selesa kerana anda tempat berkongsi cerita dan masalah. Jika boleh ramai sahabat baik lagi seronok, anda lebih mudah untuk mengatasi 'homesick' anda secara tidak langsung.
2. Sibukkan diri anda
Bila anda tengah 'homesick' , emosi tidak sepatutnya menganggu yang mengakibatkan anda mengeluarkan air mata dan emosi menjadi suram. Jadi, cuba elak berfikir tentang rumah. Bila rindu, buat aktiviti yang mengelak dari perasaan tersebut. Jangan dilayan emosi tersebut berterusan untuk elak jadi kebiasaan. Bergiat dengan aktiviti-aktiviti universiti atau lakukan aktiviti kegemaran yang dilakukan di kampus.
3. Visualkan perkara positif
Visualkan perkara positif yang mendorong untuk anda terus bergerak di universiti. Imiginasi kita memang liar sentiasa memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Contoh, anda meramalkan perkara negatif berlaku dirumah jika anda tiada. Anda mungkin meramal orang sekeliling anda tidak menyukainya. Hentikan visual perkara yang menganggu emosi anda. Visual matlamat dan masa depan yang anda inginkan selepas habis belajar. Itu lebih membantu anda untuk menjadi lebih kuat.
4. Beri masa pada diri
Sekurang-sekurangnya beri tempoh masa dua bulan pada diri sendiri untuk terus berjuang di dalam universiti. Sekiranya dua atau tiga hari anda rasa terus ingin balik ke rumah, ianya satu keputusan yang kurang rasional sebab dipengaruhi emosi. Anda tidak harus membiarkan fikiran tidak rasional mempengaruhi emosi. Anda perlu didik sekarang emosi anda untuk terus bersabar.
5. Hubungi keluarga
Jika rindu dengan keluarga, hubungi mereka sekali sekala untuk mengubat 'homesick'. Berborak dengan mereka boleh mengubat rindu dengan keluarga.
6. Berjumpa profesional
Jika 'homesick' anda bertambah selepas lebih sebulan, menghubungi kaunselor dalam universiti anda boleh membantu anda dengan berkongsi isu 'homesick' anda. Kaunselor yang profesional mempunyai mempunyai kepakaran dalam mengendalikan emosi. Jangan risau kerahsiaan amat di utamakan.
KATA -KATA SEMANGAT
1. Cabaran dan kesukaran adalah pengalaman yang mematangkan
2. Sentiasa melihat cabaran dari perspektif yang positif
3. Mencari ketagihan kegembiraan lebih menguntungkan
4. Niat dan matlamat kehidupan yang kuat akan menghasilkan tenaga yang positif
5. Hidup hanya sekali, buat sehabis baik
6. Yang berlalu telah berlalu, fokus pada masa kini dan perancangan masa hadapan
7. Berdikari akan menentukan survival anda
8. Cara anda berfikir akan menentukan emosi dan tingkahlaku anda
9. Jadi seorang yang fleksibel, boleh mengadaptasi diri mengikut keadaan
10. Istimewanya manusia dari makhluk yang lain ialah boleh membuat pilihan. Pilihlah untuk menjadi lebih baik.
Terima kasih atas perkongsian tuan yang sangat berguna, perkara tersebut pernah belaku pada diri saya.. dan alhamdulillah.. sy mampu atasi setelah sy sibukan diri dengan hal2 universiti.. semoga ramai yang dapat belajar dari penulisan ini dan dapat sedikit membantu bakal2 pelajar yang masuk ke alam universiti.. saya sgt suka penulisan sebegini.. semoga usaha tuan diteruskan
ReplyDelete