Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

KONFLIK DENGAN ORANG YANG SIGNIFIKAN DALAM KEHIDUPAN

  Semua orang mempunyai individu yang signifikan dalam kehidupan selalunya disayangi dan rapat seperti ibubapa, keluarga, suami, isteri, kekasih hati, sahabat baik dan lain lain. Orang-orang yang signifikan dalam hidup mungkin menjadi tempat kita bertaut emosi, berkongsi serta menjadi sebahagian pelengkap dalam kehidupan. Namun, adakalanya berlaku konflik yang menyebabkan ketegangan emosi kesan daripada perbezaan pendapat, keputusan yang melulu serta tekanan yang diberikan. Apabila menghadapi keadaan ini ingatlah, Yang pertama, jangan biarkan emosi menguasai pemikiran kerana jika bertindak melampaui had boleh menyebabkan salah seseorang atau kedua-duanya terluka.  Anda perlu sedar anda berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Cuba tarik nafas berkali-berkali dahulu dan bawa diri anda dalam ketenangan. Ketika sudah tenang, kembalikan rasional diri dan cuba bertindak bijak dengan melakukan perkara di bawah; 1. Cuba Dengar. Bila anda sedar seseorang itu dalam keadaan emosi yang tidak