Skip to main content

SAYA, TUMOR, KANSER DAN MRI






"Perlu cepat MRI ni, kita tidak tahu apa dalam tu, yang pasti bukan Cyst". Itu ayat dikeluarkan selepas terima  keputusan ultra sound. Saya angguk-angguk  je tanda faham.

Sekumpulan doktor berborak dalam Bahasa Inggeris menyebut tentang ketumbuhan  ini bukan biasa sambil memegang megang tangan saya dan menyentuh bahagian ketumbuhan. Mereka berborak pasal Sarcoma.


Dalam fikiran saya, mereka ingat orang pakai baju melayu tak faham bahasa Inggeris ker..Hari jumaat, biasanya saya memakai baju melayu. Saya tak geram pun ngan doktor di situ. Saya pun ditenangkan supaya tidak risau, kerana itu adalah diagnos awal doktor sebelum dipastikan.

Saya carilah perkataan Sarcoma dalam google dan terkejut itu adalah kanser yang berbahaya dan cepat merebak. Bila baca tentang Sarcoma, Sarcoma ini merupakan kanser tumor yang berkaitan dengan tisu badan dan amat jarang berlaku.  Waktu diberitahu suspek kanser menjadi tanda tanya besar dalam diri yang menganggu emosi sehingga dapat tahu dengan pasti.


Saya seorang senyap tentang perkara ini, belum bersedia bercakap dengan sesiapa pada mulanya. Bila berdiam diri, emosi menjadi tidak stabil terutama tidak bercerita tentang keluarga. Ambil masa juga nak beritahu mereka. Saya hanya berkongsi dengan seorang rakan sebelah bilik dalam pejabat memandangkan dia kaunselor. Tiba-tiba dia pula risau kalau apa-apa terjadi pada saya memandangkan beberapa kawan beliau pernah menghidap kanser. 


Bila terfikir balik tentang sejarah keluarga, 3 orang ahli keluarga sebelah mak menghidap kanser. Lagilah perasaan mula mencari jawapan kepastian.Proses sebelum pembedahan banyak saya perlu lalui pemeriksaan melalui alat-alat yang tanpa pernah rasa. Xray tu biasa, ultra sound tengok dahulu. Yang paling menarik melalui mesin MRI di Hospital Miri yang jauh 220 km dari rumah.  





MRI atau Magnetic Resonance Imaging merupakan mesin yang dapat melihat tubuh kita secara terperinci berbanding dengan alat lain.  Sebelum masuk ke dalam mesin tu, saya perlu berpuasa 10 jam lebih dan kemudian di letak drip injection untuk dimasukkan cecair kontras untuk mengesan perbezaan pada ketumbuhan tu.Selepas tu, seluruh tubuh kita dimasuk ke dalam terowong mesin tersebut. Berdebar juga waktu mila masuk dalam tu. Sesiapa yang ada fobia di tempat yang sempit harus tenang dalam tu. Dalam fikiran, beginila kali rupa keadaan dalam kubur.  Liar betul otak berfikir. Badan tidak dapat digerak sedikit pun selama 45 minit ke sejam. Bunyi dalam MRI tu memang bising. Memang saya tabik sesiapa boleh tidur dengan bunyi bising yang pelbagai nada seolah-olah mendengar bunyi okrestra sumbang.


Selesai proses MRI, 2 minggu lepas tu pergi jumpa doktor balik untuk tengok keputusan. Berdebar juga sebelum masuk dan saya amat bersyukur bila doktor kata kemungkinan bukan sarcoma kerana tidak nampak merebak. Doktor kata "Boleh operation minggu depan ni. Ada masalah apnea tak?" . Saya kata ada. Tak boleh buat jadinya sebab risiko.

Tahun 2014, saya di diagnos severe sleep apnea oleh pakar. Sleep apnea ni kesukaran untuk bernafas waktu tidur. Sesiapa yang berdengkur kuat dan terjaga selalu waktu tidur, bolehlah dapatkan nasihat pakar. 


Oleh kerana masalah sleep apnea, saya perlu hadapi satu perkara lagi. Saya perlu mengunakan alat nama CPAP sewaktu tidur selama seminggu di hospital bagi membekal oksigen yang cukup dalam paru-paru. Cadangan pakar bius untuk berbuat begitu kerana saya akan menjalani bius penuh yang membolehkan saya tidur. Sangat bahaya oksigen tidak cukup dalam paru-paru. Namun tak jadi buat sebab mesin digunakan segera, ada kes kritikal lagi katanya.


Sehari sebelum pembedahan, saya dimasukkan wad. Tambah lagi isu lain melanda, darah naik mendadak hingga 150 bp. Selang beberapa jam darah di ambil. Mungkin emosi terlalu gementar dengan pembedahan, namun sebenarnya fikiran saya dah bersedia. Ianya merupakan reaksi tubuh dan saya memahaminya. Akhirnya pembedahan yang sepatutnya dijangka berlangsung pada pukul 10 pagi, dapat juga berlangsung pada 2.00 petang. Namun pembedahan kali ini dilakukan  bukan secara bius tidur tetapi secara sedar. Dalam hati  rasa bersyukur sebenarnya dilakukan secara sedar dan saya dapat tahu apa yang berlaku.


Sewaktu pembedahan, saya dibedah oleh 3 orang doktor  dan 2 doktor bius bersama staf hospital lain. Sewaktu tu, ketua pembedahan saya ialah Dr Shafie. Dr Shafie banyak juga cucuk jarum untuk bius. Muda-muda dah ada kepakaran pembedahan. Seorang lagi Dr Irfan, pakar bius yang memastikan saya sentiasa terbuka mata sewaktu pembedahan. Nasib Dr Irfan ni kaki sembang dan ramah. Serius saya kata, kita perlu cari doktor yang mesra dan pandai menjaga emosi pesakit.  Hendak dijadikan cerita, sewaktu pembedahan  boleh juga bercerita tentang kehidupan kat Bintulu, berborak macam kedai mamak. Ketawa pun ade, cerita keluarga pun keluar. Saya tukang korek cerita.. sebenarnya saya rasa bila bercerita boleh hialng fokus pada sakit. Doktor ketuk-ketuk tulang tu gila beb, nyilu dan sakit macam lain.


 Akhirnya ketumbuhan itu keluar, doktor buat lawak, “Baby dah keluar”…hahahahha. Besar juga ketumbuhan tu, mak ai. 4.00 x 2.5 x 2.00 cm yang seberat 10gm. Kata Doktor  Shafie susah juga nak cari sebab berada dalam otot dalam.  Saya puji Dr Shafie atas bakat dan muka yang tenang mencari.  Dia ada cerita waktu pembedahan dia di didik oleh pakar bedah hebat. Lupa nama tah.. Dr gulan or gulam.. yang pasti bukan ulam-ulaman. Kira hebat Dr Shafie ini kerana guru dia hebat la..tenangla sikit jiwa waktu pembedahan.

Alhamdulliah, esok selepas pembedahan saya keluar. Doktor kata boleh lah keluar dan jangan datang lagi..hahahha.. takde la doktor kata cam tu.. Staf Hospital Bintulu semuanya okie. Saya masih ingat ada seorang jururawat senior sangat lembut suara dia dan banyak bagi nasihat pada saya lepas pembedahan sebelum saya di bawa ke wad biasa. Tak nampak pula muka kerana dilindungi mask. Semua Dr muda-muda semua dan perlu banyak pengalaman lagi terutama part masuk-masuk jarum kat tangan. Susah nar cari urat ditangan yang gemuk ini.  Nasib bukan cari urat gajah (statement ini lawak, kalau tak kelakar tak pe la)


Saat paling mendebarkan bila ingin mengetahui tumor itu kanser atau tidak. Temujannji ke klinik pakar selama 3 minggu lagi selepas pembedahan amat merisaukan. Tumor selepas pembedahan di ambil untuk di bawa makmal patologi. Berdebar-debar juga la pada hari mendapat keputusan tersebut. Saya dah terbayang kalau dapat kanser ni, saya akan ke Kuching untuk di kimoterapi dan sebagainya. Saya ketuk bilik doktor, terjumpa Dr Shafie lagi di klinik pakar. Dia kata  keputusan  tumor saya  ‘benign’ selepas dia buat panggilan telefon ke makmal. Dr Shafie kata "saya pun ‘nervous’ juga bang tunggu keputusan".  Syukur pada Allah ianya bukan kanser.


Untuk pengetahuan jika ada kanser maksudnya ketumbuhan itu digelar ‘malignant’, jika tiada kanser ianya ‘benign’. Fuuuh.. lega juga rasanya. Tapi Doktor ada pesan kat saya tumor ini mungkin akan berulang lagi. Saya angguk faham. Bila di lihat sejarah keluarga,  lebih 3 orang sebelah keluarga mak saya menghidap kanser. Terkejutkan, faktor genetik mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi. Saya redha jika itu ketentuannya.




Untuk menutup kisah yang panjang ini, saya junjung budi dan terima kasih kepada ibu saya yang sentiasa mendoakan sepanjang pembedahan berlangsung. Saya tidak tahu berlaku diluar sewaktu itu ketika dia keseorangan.  Saya ucap terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa memberi sokongan pada saya terutama yang melawat saya, telefon saya, ‘whatsapp’ saya  dan ‘video call’saya. Terima kasih kerana beri 'teddy bear' yang besar juga.


Detik 5 Mac 2018, membuatkan saya mengenali diri dan mengenali orang-orang yang sentiasa menyokong saya.  Ada yang menangis di depan mata saya, ada yang telefon risau sehingga saya sendiri perlu tenangkan dia. Yang paling kelakar sekali, ada yang sudah sedia beli tiket penerbangan untuk pergi ke majlis tahlil saya. Jauh sungguh pemikiran di otak tu.


Bagi yang telah dan sedang berhadapan kanser, harap teruskan berusaha buat yang terbaik, jangan putus asa untuk kehidupan. Saya penyokong hebat anda mengalahkan Aiman Tino kerana anda manusia yang kuat. Allah Maha Penyayang. Bagi keluarga yang kehilangan, doa saya agar anda diberi ketabahan dan ketenangan. Saya tahu melalui semua ini bukannya mudah.


Okie guys itu je, moga pengisian kali ini bermanfaat. See you next time.




Comments

Popular posts from this blog

CERPEN : KISAH SEJAM DI PANTAI

Aku tengok dua jam lagi flight kawanku Ian. Ian bawa duduk di tepi pantai Tanjung batu. Ian ni tinggi orangnya dan rupanya model. Perempuan banyak minat pada dia ni. Tapi aku tengok dia taklah hensemlah, Rambut serabai  Ian ni satu je aku hargai, dia bantu aku saat sukar berdepan emosi sukar dalam hidup. Dia satu-satunya tempat kawan aku berkongsi cerita hidup. Hampir seratus peratus kisah aku dia pegang. Semua orang ada satu tempat mereka akan luah. Aku ni kalau jenis bila sampai tak leh simpan, memang cari tempat meluah. Sakit pendam bro. Aku dan ian duduk dibangku sambil makan cucuk-cucuk (makanan panggang). Tetapi petang tu waktu aku tengah dalam kereta, ada satu soalan ian beri berulang-ulang kali. "Apa pendapat kau Rahim tentang aku?" Aku jawab "biasa je la". "Cakap la betul-betul" "Nanti la". Aduh aku beri harapan. Aku mula hairan,  mesti dia nak meluah perasaan lepas ni. Ada pulak masa nak buat kesimpulan tentang dia. Me

MENERIMA BUKAN MENOLAK

Saya jumpa kawan di hujung minggu satu ketika dahulu. Saje nak berborak-borak. Akhirnya terjadi perbualan yang agak dalam tanpa disedari. “Paksu, saya tak suka perasaan ini, meyakitkan”. “Saya sukakan seseorang tapi saya tak nak dahulu perasaan, sebab saya takut terjadi macam dahulu. Apa perlu saya buat?” “Awak menolak perasaan tu kan? “Aah, saya tolak supaya saya tak sakit” Perbualan kami panjang jadinya. Akhirnya, saya bantu dia untuk tidak menolak perasaan tersebut dan cuba menerima. Menolak satu perasaan adalah lebih sakit dari menerima. Menolak hanya menyebabkan memendamkan perasaan tersebut. Memori dan emosi masih disimpan tanpa dilegakan. Kesannya, ianya menyebabkan personaliti akan berubah. Mungkin akan berlaku kemurungan atau mengalami stres. Saya suruh kawan saya menerima, akhirnya bila dia terima sepenuhnya,  dia rasa kelegaan dalam perasaan tersebut. Saya beri sokongan dengan mendengar dan memerhati setiap emosi dan tindakan.  Saya membiarkan dia menge