Skip to main content

TRAUMA DI BULI, PEMUDA INI BANGKIT MENJADI MOTIVATOR BERCERITA TENTANG PENGALAMAN




"Saya dicekik dan dilempang kerana di tuduh mencuri telefon bimbit". Itu luahan perasaan Ammar. Saya terkejut kisah ini berlaku sewaktu berbual dengan dia.

Trauma buli yang dialami di universiti membuatkan Ammar terus takut berhadapan dengan orang lain pada semester satu. Keseronokan memasuki universiti berubah mimpi ngeri kerana di label sebagai pencuri dan  persepsi orang tidak boleh dipercayainya lagi.

Kesannya keputusan semester satu dia memperolehi keputusan semester 2.0 kerana kebimbangan dan pendaman yang negatif. Dia follow saya di facebook dan pernah pergi ke pejabat saya untuk meluah peristiwa yang terjadi, namun perkara itu tidak terjadi kerana sifat pendiam dan memendam rasa.

Akhirnya, kisah dia dapat meluah emosi selepas dia memasuki program pembimbing rakan sebaya di univerisiti. Hampir dua semester saya dan dia berbual untuk membantu emosi dia tidak stabil dan banyak pemikiran dan kepercayaan tidak membantu.

Alhamdulliah, berkat usaha dia, dia menjadi seorang yang lebih positif dan berani untuk bercakap dikhlayak ramai.  Pengurusan emosi yang baik menjadikan keputusan dia meningkat kepada 3.87 pada semester terkini.

Dia berkongsi pengalaman di buli sewaktu pertandingan separuh akhir pertandingan motivator muda dan berkongsi dengan pelajar-pelajar dari IPT lain.

Di harap kisah pemuda dari Kulai, Johor, Ammar Suffian ini dapat menginspirasikan mangsa buli untuk bangkit semula dan terus membina potensi diri supaya sihat mental dan fizikal.





Comments

Popular posts from this blog

CERPEN : KISAH SEJAM DI PANTAI

Aku tengok dua jam lagi flight kawanku Ian. Ian bawa duduk di tepi pantai Tanjung batu. Ian ni tinggi orangnya dan rupanya model. Perempuan banyak minat pada dia ni. Tapi aku tengok dia taklah hensemlah, Rambut serabai  Ian ni satu je aku hargai, dia bantu aku saat sukar berdepan emosi sukar dalam hidup. Dia satu-satunya tempat kawan aku berkongsi cerita hidup. Hampir seratus peratus kisah aku dia pegang. Semua orang ada satu tempat mereka akan luah. Aku ni kalau jenis bila sampai tak leh simpan, memang cari tempat meluah. Sakit pendam bro. Aku dan ian duduk dibangku sambil makan cucuk-cucuk (makanan panggang). Tetapi petang tu waktu aku tengah dalam kereta, ada satu soalan ian beri berulang-ulang kali. "Apa pendapat kau Rahim tentang aku?" Aku jawab "biasa je la". "Cakap la betul-betul" "Nanti la". Aduh aku beri harapan. Aku mula hairan,  mesti dia nak meluah perasaan lepas ni. Ada pulak masa nak buat kesimpulan tentang dia. Me

MENERIMA BUKAN MENOLAK

Saya jumpa kawan di hujung minggu satu ketika dahulu. Saje nak berborak-borak. Akhirnya terjadi perbualan yang agak dalam tanpa disedari. “Paksu, saya tak suka perasaan ini, meyakitkan”. “Saya sukakan seseorang tapi saya tak nak dahulu perasaan, sebab saya takut terjadi macam dahulu. Apa perlu saya buat?” “Awak menolak perasaan tu kan? “Aah, saya tolak supaya saya tak sakit” Perbualan kami panjang jadinya. Akhirnya, saya bantu dia untuk tidak menolak perasaan tersebut dan cuba menerima. Menolak satu perasaan adalah lebih sakit dari menerima. Menolak hanya menyebabkan memendamkan perasaan tersebut. Memori dan emosi masih disimpan tanpa dilegakan. Kesannya, ianya menyebabkan personaliti akan berubah. Mungkin akan berlaku kemurungan atau mengalami stres. Saya suruh kawan saya menerima, akhirnya bila dia terima sepenuhnya,  dia rasa kelegaan dalam perasaan tersebut. Saya beri sokongan dengan mendengar dan memerhati setiap emosi dan tindakan.  Saya membiarkan dia menge

SAYA, TUMOR, KANSER DAN MRI

"Perlu cepat MRI ni, kita tidak tahu apa dalam tu, yang pasti bukan Cyst". Itu ayat dikeluarkan selepas terima   keputusan ultra sound. Saya angguk-angguk   je tanda faham. Sekumpulan doktor berborak dalam Bahasa Inggeris menyebut tentang ketumbuhan   ini bukan biasa sambil memegang megang tangan saya dan menyentuh bahagian ketumbuhan. Mereka berborak pasal Sarcoma. Dalam fikiran saya, mereka ingat orang pakai baju melayu tak faham bahasa Inggeris ker..Hari jumaat, biasanya saya memakai baju melayu. Saya tak geram pun ngan doktor di situ. Saya pun ditenangkan supaya tidak risau, kerana itu adalah diagnos awal doktor sebelum dipastikan. Saya carilah perkataan Sarcoma dalam google dan terkejut itu adalah kanser yang berbahaya dan cepat merebak. Bila baca tentang Sarcoma, Sarcoma ini merupakan kanser tumor yang berkaitan dengan tisu badan dan amat jarang berlaku.   Waktu diberitahu suspek kanser menjadi tanda tanya besar dalam diri yang menganggu e