Skip to main content

MENERIMA BUKAN MENOLAK



Saya jumpa kawan di hujung minggu satu ketika dahulu. Saje nak berborak-borak. Akhirnya terjadi perbualan yang agak dalam tanpa disedari.

“Paksu, saya tak suka perasaan ini, meyakitkan”.

“Saya sukakan seseorang tapi saya tak nak dahulu perasaan, sebab saya takut terjadi macam dahulu. Apa perlu saya buat?”

“Awak menolak perasaan tu kan?

“Aah, saya tolak supaya saya tak sakit”

Perbualan kami panjang jadinya. Akhirnya, saya bantu dia untuk tidak menolak perasaan tersebut dan cuba menerima. Menolak satu perasaan adalah lebih sakit dari menerima.

Menolak hanya menyebabkan memendamkan perasaan tersebut. Memori dan emosi masih disimpan tanpa dilegakan. Kesannya, ianya menyebabkan personaliti akan berubah. Mungkin akan berlaku kemurungan atau mengalami stres.

Saya suruh kawan saya menerima, akhirnya bila dia terima sepenuhnya,  dia rasa kelegaan dalam perasaan tersebut. Saya beri sokongan dengan mendengar dan memerhati setiap emosi dan tindakan.

 Saya membiarkan dia mengekspresi diri dan mengajar untuk menerima secara perlahan-lahan. Alhamdulliah, dengan izin Allah kurang sebulan dia kembali merasai dunia dengan gembira.

Menerima keadaan sangat penting dalam hidup kita. Kita bukan dilahirkan sempurna dan mempunyai kelemahan. Terima kelemahan tersebut.

Selaku manusia, bantu mereka sebegini dan kalau tidak mampu bawa mereka pada pakar. Usah menilai seseorang tanpa fahami kondisi mereka.

Teruskan menyokong ke arah kesihatan mental yang baik.


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Casino Bonus No Deposit Bonus 2021 | Best Casino Bonuses for
    Casino Bonus No 벳 인포 Deposit Bonus 2021. This page is updated daily. 바카라 시스템 배팅 We also recommend casinos offering no deposit bonus offers to new หารายได้เสริม players. 해축 보는 곳 You 토토커뮤니티 can start

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN : KISAH SEJAM DI PANTAI

Aku tengok dua jam lagi flight kawanku Ian. Ian bawa duduk di tepi pantai Tanjung batu. Ian ni tinggi orangnya dan rupanya model. Perempuan banyak minat pada dia ni. Tapi aku tengok dia taklah hensemlah, Rambut serabai  Ian ni satu je aku hargai, dia bantu aku saat sukar berdepan emosi sukar dalam hidup. Dia satu-satunya tempat kawan aku berkongsi cerita hidup. Hampir seratus peratus kisah aku dia pegang. Semua orang ada satu tempat mereka akan luah. Aku ni kalau jenis bila sampai tak leh simpan, memang cari tempat meluah. Sakit pendam bro. Aku dan ian duduk dibangku sambil makan cucuk-cucuk (makanan panggang). Tetapi petang tu waktu aku tengah dalam kereta, ada satu soalan ian beri berulang-ulang kali. "Apa pendapat kau Rahim tentang aku?" Aku jawab "biasa je la". "Cakap la betul-betul" "Nanti la". Aduh aku beri harapan. Aku mula hairan,  mesti dia nak meluah perasaan lepas ni. Ada pulak masa nak buat kesimpulan tentang dia. Me

SAYA, TUMOR, KANSER DAN MRI

"Perlu cepat MRI ni, kita tidak tahu apa dalam tu, yang pasti bukan Cyst". Itu ayat dikeluarkan selepas terima   keputusan ultra sound. Saya angguk-angguk   je tanda faham. Sekumpulan doktor berborak dalam Bahasa Inggeris menyebut tentang ketumbuhan   ini bukan biasa sambil memegang megang tangan saya dan menyentuh bahagian ketumbuhan. Mereka berborak pasal Sarcoma. Dalam fikiran saya, mereka ingat orang pakai baju melayu tak faham bahasa Inggeris ker..Hari jumaat, biasanya saya memakai baju melayu. Saya tak geram pun ngan doktor di situ. Saya pun ditenangkan supaya tidak risau, kerana itu adalah diagnos awal doktor sebelum dipastikan. Saya carilah perkataan Sarcoma dalam google dan terkejut itu adalah kanser yang berbahaya dan cepat merebak. Bila baca tentang Sarcoma, Sarcoma ini merupakan kanser tumor yang berkaitan dengan tisu badan dan amat jarang berlaku.   Waktu diberitahu suspek kanser menjadi tanda tanya besar dalam diri yang menganggu e