Menubuhkan program pembimbing rakan sebaya (PRS) di universiti saya bekerja ini memberi nilai sentimental dan makna yang tersendiri kepada saya sebagai pengamal kaunseling kerana ianya membantu individu-individu yang menyertai program ini boleh menyalurkan maksud kaunseling kepada pelajar dan masyarakat.
Di dalam universiti tempat saya bekerja, PRS dilatih dengan asas ilmu psikologi, kaunseling dan pendekatan psikoterapi lain untuk membantu orang sekitar mereka. Dalam proses ini mereka terus belajar untuk mengubah diri mereka. Ianya proses ilmu berterusan untuk mereka boleh guna sepanjang hayat.
Saya tengok perubahan mereka dari pelajar yang pemalu jadi pelajar yang boleh komunikasi tanpa halangan, dari pelajar yang kurang bijak akademik menjadi hebat dalam akademik. Semuanya hasil sokongan rakan-rakan kumpulan dalam PRS serta kemahuan merubah diri sendiri.
PRS ini bukanlah terdiri dari orang yang bijak-bijak atau orang yang boleh bercakap ataupun yang kacak dan cantik. Itu mengarut. Mereka boleh terdiri dari sesiapa sahaja yang penting berkarekter pembantu yang boleh mendengar dan sentiasa menolong orang.
Dibawah merupakan pendapat mereka yang telah menyertai PRS tanpa diubah suai saya;
"PRS merupakan satu organisasi yang banyak membantu pelajar2 yang memerlukan bantuan...menerima pelajar tanpa syarat...ianya juga membantu diri untuk menjadi lebih baik...ilmu2 yang dikongsi amatlah bermanfaat." - Muhammad Afiq Hazmi bin Zuraimi
"Saya berasa seronok join PRS, pengalaman & ilmu berada dalam PRS tidak dapat dirasakan diluar. Pengalaman tu dari segi cara nak mengawal permasalahan kawan-kawan berdasarkan ilmu yg dipelajari." -Asrinah Binti Datu Robinson
"Kelab yang sangat membantu diri saya dalam mengembangkan diri untuk menjadi individu yang lebih positif serta tempat sy menjadi diri sendiri tanpa sifat hipokrit dalam diri dengan mengekspresskan setiap apa yang saya rasai, lalui, fikirkan. Bantu diri utk bantu org lain adalah slogan prs dan sy sangat bersetuju dgn slogan ini sebab memang betul prs ni bantu saya. Prs adalah tempat saya paling happy dalam kehidupan universiti saya yang sekarang, rasa macam taknak tinggalkan prs sampai bila2😭 Pendapat saya tentang prs adalah sebuah organisasi keluarga yang saling menyayangi dan memahami antara satu sama lain yang wujud atas perkongsian rahsia (duka dan bahagia) dan kepercayaan antara ahli family yang kami bina ❤ Walaupun kami berlatar belakangkan kaum dan agama yang berlainan tapi prs adalah tetap satu keluarga yang bahagia 👨👩👧👦 " -Aisya Hanna Bt Rosli
"Owhhh pendapat eh. Sebenarnya banyak tapi yg betul² nya. Ia meruapakan tempat saya untuk meluahkan sesuatu & mempelajari cara untuk menguruskan emosi.." -Muhammad Farhan Najmi Bin Mohd Ibrahim
"Pendapat saya mengenai PRS ini ialah pertamanya mengajar saya menjadi seorang yang berani di khalayak ramai...selain itu dengan modul-modul yang menarik dan terkini berjaya menarik ahli untuk mempelajari sesuatu ilmu tersebuat...selain itu PRS mengajar saya erti kekeluargaan dan kerja dalam pasukan...Dari semua inilah melahirkan pelbagai emosi dan skil mengenali seseorang itu dengan lebih baik...Pendapat saya yang terakhir ialah penasihat kelab atau persatuan PRS itu sangat memainkan peranan sama ada kelab itu aktif,menarik ataupun tidak..ini berdasarkan cara iaitu skil bagaimana penasihat kelab itu menarik pelajar untuk lakukan perubahan dan cara mereka membantu pelajar..ucapan sekalung terima kasih kepada penasihat PRS UPMKB _: En Rahim( Paksu,mak,ayah) saya yang membantu memberi nasihat kepada saya selama saya masih belajar di sana..Salam rindu😔"- Mohammad Fadzli bin Mohd Naim
"Tempat belajar segala ilmu yang tak dapat dipelajari di dalam kelas atau di tempat lain. Belajar cara mengawal emosi, mengenali dan membentuk personaliti diri yang lebih baik, bergaul dengan pelbagai ragam manusia, belajar untuk menjadi pendengar yang baik, memberikan pandangan dalam bentuk bimbingan dan berkomunikasi dengan baik." - Nur Iman Ashraf bin Faris Rafidi
"PRS byk memberi kesan positif dlm diri sy..sehinggakn sy mampu tuk jd org berjaya dlm hidup.. bg sy.. penasihat prs sgt2 mainkn peranan..kerana tnpa Dia.. sy x capai tahap saya hari ini..thanks paksu" - Ahmad Syazwan bin Mohd Basri
"PRS merupakan kelab yang dapat membentuk seseorang supaya menjadi funtional person dan membimbing orang lain dan diri sendiri. Pembelajaran kemahiran yang tinggi dalam ilmu asas kaunseling." -Ahmad Syamil b. Mohd Basri
"Alhamdulillah, PRS sangat membantu. Aktiviti PRS telah bantu saya mengenal diri saya dengan lebih mendalam. Saya dapat memperbaiki kelemahan saya dari segi "softskill", tingkatkan keyakinan terutama semasa membuat "presentation" untuk tujuan akademik dan mencari sponsorship. Selain itu, saya lebih prihatin terhadap orang sekeliling dan empati akan masalah mereka dan bukannya memandang buruk akan situasi yang mereka hadapi." -Chin Kam Fong
"PRS adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi saya..PRS adalah sebuah kelab yang sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana Prs ini adalah satu kumpulan yang mampu untuk membantu manusia sekeliling. Kerana apa saya berkata begitu?sebab saya mengenali Prs ni sejak dari zaman sekolah menengah..tetapi pada masa itu, pendedahan mengenai Prs tersangat la sedikit..tetapi sejak saya mengenali Prs di Upm Bintulu, banyak ilmu yang dipelajari dan dicurahkan kepada saya. Ilmu yang ada dapat digunakan untuk diri sendiri malah dapat membantu manusia sekeliling kita yang mempunyai masalah tersendiri. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kini adalah akibat tekanan perasaan, tekanan kos sara hidup, tekanan daripada masalah sekeliling serta banyak lagi. Fungsi Prs ini adalah membantu masyarakat yang mempunyai masalah seperti yang telah dinyatakan tadi. Dengan ilmu ilmu yang dipelajari bersama Paksu di Upm Bintulu banyak sangat membantu serta dapat menonjolkan diri kepada ahli ahli prs sendiri.." - Norzieyadi bin Basiran
Yang membodek nama saya tu tak yah nilai.. mereka ini semua hebat dengan keunikan mereka. Harap anda yang membaca memahami apa itu PRS sebenarnya.
I am grateful to be one of this colourful family. Everyone has its own character which encompasses a very healthy bonding eventhough we're not in the same blood. I am impelled, not to squeak like a grateful and apologetic mouse, but to roar like a lion out of pride in my profession. To receive this "award" from this family I admire so much makes me totally happy and grateful.
ReplyDeleteTHANK YOU PAK SU, FRIENDS, AND FAMILY...