"Saya dapat bayangkan waktu konvokesyen nanti saya dapat mencapai keputusan cemerlang dan keluarga saya bangga waktu tersebut". Bayangan yang diberikan Amirul membuatkan dia merasa sebak dan teruja.
Bayangan tersebut buat dia merasai, mendengar dan melihat kejayaan menggunakan imiginasi. Saya mula menanam apa yang dirasai kekal sehingga imiginasi ini nanti menjadi kenyataan.
Ternyata sesi ini membakar semangat untuk dia berubah dan mencari tindakan seterusnya.
"Saya tidak ingin menjadi seperti semester satu kerana mendapat keputusan GPA 2.5." ujar Amirul pada saya.
Akhirnya, pada semester dua amirul berjaya mendapat GPA 3.3. Dia mula nampak ramuan kejayaan dirinya semester akan datang. Saya bantu pelbagai perkara untuk dia lebih baik semester seterusnya. Bimbingan berterusan bagi uruskan emosi cara baik, merubah kepercayaan diri dan membina karekter perlu untuk konsisten.
Atas usaha yang ditunjukkan akhirnya semester berikutnya dia mendapat GPA 3.6 dan seterusnya GPA 3.8.
Kaedah NLP yang digunakan adalah pendekatan saya untuk membuka diri untuk melonjak kecemerlangan Amirul. Namun memberi makna pada matlamat untuk diri sendiri lebih kuat untuk fokus apa yang dihajati. Usah berfikir tanpa meletakkan tindakan dan bertangguh untuk bertindak.
Anda perlu kuasai minda anda berfikir, beremosi dan bertindak. Kekuatannya ada disitu.
Kisah yg mampu mengubah nasib seseorg.
ReplyDeleteBeliau baru-baru ini mendapat P.N.G 4.00 semester lepas. Tahniah untuk beliau . Amirul Anwar bin Shamsor merupakan mantan Pengerusi PRS UPM Kampus Bintulu Sarawak .
ReplyDeleteInstagram: PRSUPMKB