Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

BERUBAH KERANA MAKNA

"Saya dapat bayangkan waktu konvokesyen nanti saya dapat mencapai keputusan cemerlang dan keluarga saya bangga waktu tersebut".  Bayangan yang diberikan  Amirul membuatkan dia merasa sebak dan teruja. Bayangan tersebut buat dia merasai, mendengar dan melihat kejayaan menggunakan imiginasi.  Saya mula menanam apa yang dirasai kekal sehingga imiginasi ini nanti menjadi kenyataan. Ternyata sesi ini membakar semangat untuk dia berubah dan mencari tindakan seterusnya. "Saya tidak ingin menjadi seperti semester satu kerana mendapat keputusan GPA 2.5." ujar Amirul pada saya. Akhirnya, pada semester dua amirul berjaya mendapat GPA 3.3. Dia mula nampak  ramuan kejayaan dirinya semester akan datang. Saya bantu pelbagai perkara untuk dia lebih baik  semester seterusnya. Bimbingan berterusan bagi uruskan emosi cara baik, merubah kepercayaan diri dan membina karekter perlu untuk konsisten. Atas usaha yang ditunjukkan akhirnya semester berikutnya dia mendapat GPA 3.6

MENERIMA BUKAN MENOLAK

Saya jumpa kawan di hujung minggu satu ketika dahulu. Saje nak berborak-borak. Akhirnya terjadi perbualan yang agak dalam tanpa disedari. “Paksu, saya tak suka perasaan ini, meyakitkan”. “Saya sukakan seseorang tapi saya tak nak dahulu perasaan, sebab saya takut terjadi macam dahulu. Apa perlu saya buat?” “Awak menolak perasaan tu kan? “Aah, saya tolak supaya saya tak sakit” Perbualan kami panjang jadinya. Akhirnya, saya bantu dia untuk tidak menolak perasaan tersebut dan cuba menerima. Menolak satu perasaan adalah lebih sakit dari menerima. Menolak hanya menyebabkan memendamkan perasaan tersebut. Memori dan emosi masih disimpan tanpa dilegakan. Kesannya, ianya menyebabkan personaliti akan berubah. Mungkin akan berlaku kemurungan atau mengalami stres. Saya suruh kawan saya menerima, akhirnya bila dia terima sepenuhnya,  dia rasa kelegaan dalam perasaan tersebut. Saya beri sokongan dengan mendengar dan memerhati setiap emosi dan tindakan.  Saya membiarkan dia menge