"Saya dicekik dan dilempang kerana di tuduh mencuri telefon bimbit". Itu luahan perasaan Ammar. Saya terkejut kisah ini berlaku sewaktu berbual dengan dia. Trauma buli yang dialami di universiti membuatkan Ammar terus takut berhadapan dengan orang lain pada semester satu. Keseronokan memasuki universiti berubah mimpi ngeri kerana di label sebagai pencuri dan persepsi orang tidak boleh dipercayainya lagi. Kesannya keputusan semester satu dia memperolehi keputusan semester 2.0 kerana kebimbangan dan pendaman yang negatif. Dia follow saya di facebook dan pernah pergi ke pejabat saya untuk meluah peristiwa yang terjadi, namun perkara itu tidak terjadi kerana sifat pendiam dan memendam rasa. Akhirnya, kisah dia dapat meluah emosi selepas dia memasuki program pembimbing rakan sebaya di univerisiti. Hampir dua semester saya dan dia berbual untuk membantu emosi dia tidak stabil dan banyak pemikiran dan kepercayaan tidak membantu. Alhamdulliah, berkat usaha dia, dia