Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

SAYA, TUMOR, KANSER DAN MRI

"Perlu cepat MRI ni, kita tidak tahu apa dalam tu, yang pasti bukan Cyst". Itu ayat dikeluarkan selepas terima   keputusan ultra sound. Saya angguk-angguk   je tanda faham. Sekumpulan doktor berborak dalam Bahasa Inggeris menyebut tentang ketumbuhan   ini bukan biasa sambil memegang megang tangan saya dan menyentuh bahagian ketumbuhan. Mereka berborak pasal Sarcoma. Dalam fikiran saya, mereka ingat orang pakai baju melayu tak faham bahasa Inggeris ker..Hari jumaat, biasanya saya memakai baju melayu. Saya tak geram pun ngan doktor di situ. Saya pun ditenangkan supaya tidak risau, kerana itu adalah diagnos awal doktor sebelum dipastikan. Saya carilah perkataan Sarcoma dalam google dan terkejut itu adalah kanser yang berbahaya dan cepat merebak. Bila baca tentang Sarcoma, Sarcoma ini merupakan kanser tumor yang berkaitan dengan tisu badan dan amat jarang berlaku.   Waktu diberitahu suspek kanser menjadi tanda tanya besar dalam diri yang menganggu e