Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

BETUL KER PRS MENGUBAH ORANG???

Menubuhkan program pembimbing rakan sebaya (PRS) di universiti saya bekerja ini memberi nilai sentimental dan makna yang tersendiri  kepada saya sebagai pengamal kaunseling kerana ianya membantu individu-individu yang menyertai program ini boleh menyalurkan maksud kaunseling kepada pelajar dan masyarakat. Di dalam universiti tempat saya  bekerja, PRS dilatih dengan asas ilmu psikologi, kaunseling dan pendekatan psikoterapi lain untuk membantu orang sekitar mereka. Dalam proses ini mereka terus belajar untuk mengubah diri mereka. Ianya proses ilmu berterusan untuk mereka boleh guna sepanjang hayat. Saya tengok perubahan mereka dari pelajar yang pemalu jadi pelajar yang boleh komunikasi tanpa halangan,  dari pelajar yang kurang bijak akademik menjadi hebat dalam akademik. Semuanya hasil sokongan rakan-rakan kumpulan dalam PRS serta kemahuan merubah diri sendiri. PRS ini bukanlah terdiri dari orang yang bijak-bijak atau orang yang boleh bercakap ataupun yang kacak dan cantik.